Isnin, 10 Oktober 2011

Blog Baru Saya.

Apa khabar semua....? Inilah blog baru Kak Imun. Kepada yang masih ingat pada Kak Imun, sudi2lah Follow blog ini. Huhuhu... Myfrin's story dah ghaib...ghaib. Entah apa yang terjadi, saya yang kurang celik tentang IT terpaksa menerima hakikat. Kisah yang tertulis selama hampir 2 tahun itu telah lenyap di telan arus maya....T-T....

Teruknya hari2 yang terdahulu.... Ingatkan saya seorang saja yang mengalami masalah ini. Bila adik saya Zie Latif telah menegur atas wall saya di facebook, "Aikk..mana suda tu blog.." Baru saya sedar betapa seriusnya situasi yang menimpa 'Myfrin's story'.

Kenangan yang tertulis di Myfrin's story ibarat diary bagi saya. Suka dan duka saya yang merentasi batasan masa dan komen2 dari adik2 blogger la yang paling menghibakan saya. Ibarat album yang saya takhtakan dengan intan, zamrud, kurma dan kerlipan bulan dan bintang, telah tersirna dari pandangan dan genggaman saya.........

Kini saya terpaksa bermula dari bawah dan mengharap masih ada yang sudi menatap setiap kisah yang sempat saya coretkan buat tatapan semua........

Jumpa lagi, adik2ku semua.....................................